“Di Malaysia, kenaikan kos perubatan dianggarkan sekitar 15% setiap tahun. Ini bermakna, satu pembedahan apendisitis yang ringkas dengan kos RM1,800 pada tiga tahun yang lalu akan meningkat lebih kurang RM3,000 pada hari ini.”
“Kadar kenaikan bil-bil perubatan adalah melebihi kadar inflasi umum setiap tahun. Ini menimbulkan tanda tanya, sama ada penjagaan kesihatan adalah hanya untuk mereka yang berkemampuan sahaja.”
- The Star, 14 Mac 2009.

Tak dinafikan inilah sebab utama mengapa produk Takaful sangat laku di pasaran. Tak lain tak bukan adalah kerana adanya pelan perlindungan kesihatan dan rawatan hospital. Medical Card kini menjadi satu keperluan kerana bil hospital yang naik mendadak.

MANFAAT UTAMA

Kelebihan Elite Ultra Medic berbanding pelan Medical Card lain:

Pendapat Perubatan Kedua*
Kami memahami bahawa apabila anda sedang berusaha untuk mendapat rawatan disebabkan oleh sesuatu penyakit, pendapat perubatan kedua adalah amat berharga di samping memberikan anda ketenangan fikiran. Keistimewaan manfaat Pendapat Perubatan Kedua ialah laporan perubatan anda boleh dihantar ke mana-mana institusi perubatan terkenal di dunia yang disyorkan, khusus bagi diagnosis anda. Dengan cara ini, anda menerima pendapat daripada pakar-pakar perubatan yang terkemuka di dunia untuk dibandingkan dengan diagnosis anda yang sedia ada.

Setelah menyerahkan fail-fail perubatan anda kepada pusat perubatan pilihan, anda dan pakar perubatan anda akan menerima satu salinan pendapat perubatan kedua yang lengkap. Bersama-sama dengan pakar perubatan, anda kemudiannya boleh menentukan rawatan yang terbaik untuk memulihkan penyakit anda.


Rawatan Perubatan Alternatif*
Anda boleh mendapatkan rawatan perubatan alternatif selepas dibenarkan keluar dari hospital, seperti Kiropraktor, Kiropodi, Homeopati, Osteopati atau Akupunktur daripada pengamal yang mempunyai lesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.


Bonus Tanpa Tuntutan
Oleh kerana anda menjaga kesihatan dengan baik, kami berikan anda 5% daripada premium rider, dengan syarat tiada tuntutan dibuat pada tahun sebelumnya, bermula dari tahun ketiga (ke-3) polisi dan tahun berikutnya.


Tiada Ko-Takaful (Cashless Admission)
Semasa anda beransur pulih setelah menjalani rawatan, anda tidak perlu bimbang lagi. Di Etiqa, kami membayar untuk rawatan anda mengikut pelan yang telah dibeli secara penuh supaya anda boleh fokus terhadap pemulihan dan bukannya bimbang tentang pelunasan bil-bil perubatan.


Kad Kemasukan Hospital Tanpa Tunai
Ultra Medic Rider disertakan dengan satu kad kemasukan hospital tanpa tunai yang memberikan anda akses kepada manfaat dalam pelan ini. Ia bukan hanya satu kemudahan untuk menggunakan kad semua-dalam-satu, malah ia juga memastikan proses daftar masuk dan keluar di hospital panel kami berjalan dengan baik, tanpa tunai dan tiada masalah.

Klik untuk lihat lebih besar

Ada beberapa pengecualian sebagai syarat untuk memiliki pelan Elite Ultra Medical, ia adalah sama seperti mana-mana syarikat Takaful yang lain. Download brochure di sini. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, mohon hubungi saya seperti di bawah.






0 comments:

Post a Comment