Sebelum nak berkongsi ni, jujur saya katakan, saya bukan certified financial expert. Saya banyak buat bacaan, kajian dan bereksperimen. Jadi, dari hasil kajian tu, saya build pendapat saya sendiri dan ianya tak semestinya terpakai untuk semua orang. Tapi insya Allah, jika saya amalkan bererti orang lain pun boleh gunakan method yang sama.
Mungkin ramai yang dah biasa dengar tentang Balance Transfer.
Ada yang tak pernah? Haa. Lagi bagus. Sebab artikel ni khas untuk anda.
Credit: http://www.creditcardguide.com/
APA ITU BALANCE TRANSFER
Definisi mudah Balance Transfer ni adalah kaedah memindahkan hutang dari satu kad kredit kepada kad kredit lain. Tetapi dengan interest yang lebih rendah atau zero installment.
Definisi mudah Balance Transfer ni adalah kaedah memindahkan hutang dari satu kad kredit kepada kad kredit lain. Tetapi dengan interest yang lebih rendah atau zero installment.
Basically bank lain membeli hutang anda (membayarkan hutang anda) dan caj anda dengan interest yang lebih rendah berbanding bank sebelumnya.
Kadar biasa interest bagi kad kredit adalah 18% setahun. Bererti sebulan adalah 1.5%.
1.5% bukanlah angka yang kecil. Jika anda swipe card credit anda RM1,000, ini bermakna interest bulanan yang dikenakan adalah RM15. Banyak lah tu RM15. Boleh beli separuh ayam golek tu hehe.
KENAPA GUNA BALANCE TRANSFER
Katakanlah anda ada hutang kad kredit tapi tak larat dah nak bayar. Atau ada juga yang habis guna masa melancong (tak digalakkan ok!). Atau ada hal-hal kecemasan. Contoh RM4,000. If nak bayar minimum je setiap bulan, anda akan ambil masa 5 tahun dengan interest sebanyak RM1,456.
"Adoii, banyak tu. Hutang RM4,000. Kena bayar balik RM5,456."
Kalau tak nak rugi, bayar la terus RM4,000. Tapi bagaimana kalau anda takde RM4,000? So, di sinilah ciri Balance Transfer membantu anda kurangkan kerugian.
Ianya seperti loan cuma dalam bentuk kad kredit dan dengan tempoh yang lebih pendek berbanding personal loan biasa.
Langkah seterusnya adalah memilih Balance Transfer mana yang paling sesuai dengan cashflow anda.
MEMILIH BALANCE TRANSFER
Dalam memilih skim Balance Transfer, ada empat perkara yang perlu dilihat:
Dalam memilih skim Balance Transfer, ada empat perkara yang perlu dilihat:
- Interest tahunan/bulanan (untuk amaun dipindahkan)
- Upfront fee (untuk amaun dipindahkan)
- Annual Fee (bagi kad kredit yang dipilih)
- Exit fee / penalti (jika nak buat early settlement sebelum habis tempoh)
Sesetengah bank offer 0% interest tetapi ada 2% atau 3% upfront fee dari jumlah yang dipindahkan. Jumlah ni takkan dicaj kepada anda tetapi akan dimasukkan, yakni dicampurkan ke dalam amaun yang dipindahkan dari kad kredit lama.
Ada juga syarat tertentu yang menyatakan hanya pemilik kad kredit baru sahaja boleh melakukan Balance Transfer. Jadi, check dahulu terms and conditions untuk membuat Balance Transfer.
Antara kos lain yang terlibat adalah annual fee bagi kad kredit. Kebanyakan bank offer dua kad kredit , kononnya anda boleh combine limit. Sengaja dia bagi limit kecil je bagi satu kad kredit supaya anda kena ambik satu lagi supplementary card. Jadi, nak tak nak, anda kena ada dua - biasanya VISA dan Mastercard.
Dengan adanya dua kad kredit, ini bererti anda kena tanggung dua kos annual fee. Minimum annual fee adalah RM50. Untuk dua kad, bererti RM100. RM100 ini, dicaj ke statement kad kredit anda. Jika tak dibayar, interest yang dikira adalah interest normal iaitu 18% setahun atau 1.5% sebulan. So, baik anda bayar je lah RM100 tu.
Baik. Semasa Dec 2014, saya ada lakukan kajian intensif tentang BT (Balance Transfer). Seperti yang saya ada mention, anda kena juga ambil kira cashflow anda. Jika anda boleh bayar banyak untuk installment bulanan, lebih bagus.
Di bawah adalah senarai BT dari beberapa bank yang saya riki (pada Dec 2014):
- Public Bank - 0% interest selama 12 bulan, 2% upfront fee
- CIMB - 8% interest selama 12 bulan, no upfront fee
- Aeon Credit - 0% interest selama 6 bulan, no upfront fee
- BSN Plan A - 0.3% selama 3 bulan, no upfront fee (min RM500)
- BSN Plan B - 0.3% selama 6 bulan, no upfront fee (min RM1,000)
- BSN Plan C - 0.3% selama 9 bulan, no upfront fee (min RM1,000)
- BSN Plan D - 0% selama 12 bulan pertama, 0.375% 12 bulan kedua, no fee, (min RM1,000)
- BSN Plan E - 0.375% selama 36 bulan, no upfront fee (min RM2,000)
Perhatikan, sesetengah bank juga ada syarat minimum amaun yang dipindahkan. Biasanya bank akan renew terms and condition bagi produk Balance Transfer setiap tahun. Untuk tahun 2015, saya belum ada kesempatan lagi untuk mengkaji. Doa-doakan saya supaya jadi lebih rajin ye hihi.
Selepas pilih Balance Transfer yang sesuai, ada beberapa proses anda kena buat.
PROSES BALANCE TRANSFER
- Apply kad kredit bagi Balance Transfer pilihan anda
- Setelah dapat kad kredit, apply pula untuk Balance Transfer. Anda boleh hubungi agen atau terus ke bank. Ambil peluang untuk bertanya habis-habisan. Isi borang. Mungkin ada beberapa dokumen sokongan yang diperlukan. Antaranya adalah:
- Salinan IC
- Statement kad kredit
- Tunggu bank call untuk confirmation. Ianya ambil masa 3-10 hari bekerja untuk proses pemindahan tu kalau tak silap.
UNTUNG KE?
Memang la tak untung sebab anda keluarkan duit, bukan dapat duit. Untung bererti duit masuk, kan? Betul tak? Hehe. Tapi ia dapat kurangkan kerugian.
Memang la tak untung sebab anda keluarkan duit, bukan dapat duit. Untung bererti duit masuk, kan? Betul tak? Hehe. Tapi ia dapat kurangkan kerugian.
Contoh jika anda ambik BT Public Bank, bayaran bulanan anda sekitar RM333.33 (0% interest) selama 12 bulan dan anda cuma dikenakan yuran awalan (upfront fee) sebanyak RM80. Jauh lebih baik, kan?
Jika anda takde cashflow sebanyak tu, mungkin boleh ambil BSN Plan E yang menawarkan 0.375% interest untuk 36 bulan, lebih kurang 4.5% setahun. Interest yang dikenakan selama 3 tahun adalah RM540 dengan installment bulanan RM126.11.
Nasihat saya, ambillah jangka pendek, anda hanya perlu 'ikat perut' dan 'catu shopping' untuk beberapa bulan sahaja (paling lama pun setahun). Lepas tu habislah nightmare anda.
HARUS TAHU
Apa yang anda harus tahu adalah jika anda tak bayar ikut bayaran installment yang ditetapkan, selepas daripada tempoh itu, jumlah baki dalam akaun anda akan dikenakan interest biasa 18% setahun.
Apa yang anda harus tahu adalah jika anda tak bayar ikut bayaran installment yang ditetapkan, selepas daripada tempoh itu, jumlah baki dalam akaun anda akan dikenakan interest biasa 18% setahun.
Jadi, berdisiplinlah dalam membayar ye!
Semoga artikel ini bermanfaat.


