Wednesday, July 8, 2015

Ramai yang tunggu bila dah banyak duit sikit baru nak apply Medical Card.
Ramai jugak yang tunggu bila dah start berpenyakit baru nak apply Medical Card.
Ramai yang ingat bila dah tua, baru perlukan Medical Card.
Ramai yang ingat, Medical Card company boleh cover hospital bills dia sampai mati.
Pendek kata, ramai ingat mereka takkan jatuh sakit atau pun kemalangan pada usia yang muda (20-an, 30-an).


Ye ke? Agaknya sebab tu statistik dikeluarkan mendapati ramai yang berhutang akibat bil hospital





JADI BIJAK

Jika anda seorang yang bijak, ambil medical card personal walaupun anda dah ada medical card company. Bila admit ke hospital, anda gunakan medical card company. Dapat jimatkan limit tahunan dan limit seumur hidup personal medical card anda. Lagi pula, limit medical card company biasanya tak banyak.

Jika anda masih muda, lagilah anda perlu ambil medical card. Peruntukkan untuk dana pelaburan (sekurang-kurangnya anda tak rugi). Andai kata anda hal kecemasan, anda boleh keluarkan wang dari dana tu pada bila-bila masa. Namun, ianya juga depends juga pada polisi. Kebanyakan syarikat Takaful hanya benarkan pengeluaran wang selepas 2 tahun mencarum, dan perlu ada sekurang-kurang minima baki RM1,000 di dalam dana selepas pengeluaran. Macam di eTiQa, sama juga dan pengeluaran minimum adalah RM500. Contohnya jika dana pelaburan anda dah mengumpul sebanyak RM1,500, bermakna anda dah boleh bawa keluar RM500 tanpa syarat atau fee yang dikenakan.

Jika anda dah berusia, pun boleh apply medical card. Mungkin caruman anda lebih mahal berbanding ketika anda berumur 24 atau 25 tahun. Saya akan cadangkan anda apply medical card dan jaga kesihatan selama setahun. Selepas setahun, insya Allah jika ditakdirkan anda ada masalah kesihatan (minta dijauhkan), anda boleh claim tanpa masalah.

Jika anda dah ada penyakit sedia ada, sebenarnya eTiQa ada juga produk untuk anda. Sila hubungi saya untuk details.

Jika pekerjaan anda berisiko, anda juga mesti ada medical card walaupun telah diprovide oleh syarikat anda. Lagipun kita takkan tahu, sampai bila kita akan kerja di syarikat sekarang. Apa sahaja boleh berlaku. Ambil iktibar kejadian kemelesetan ekonomi 1998 dan 2008. Anyhow, saya rasa perkara sama mungkin terjadi 2016 atau 2017.


APA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEDICAL CARD

Secara umum, anda perlu memikirkan coverage untuk perkara berikut di dalam medical card anda:
  • Personal Accident
  • 36 Critical Illnesses
  • Kematian dan TPD (Hilang Upaya Kekal)
  • Ko-takaful
  • Limit tahunan
  • Limit seumur hidup
  • Caruman setiap bulan
  • Dana Pelaburan
  • Panel Hospital
  • Elaun Harian & Manfaat Penjagaan Kanak-Kanak (dulu tak penting, sekarang penting)
  • Had/Limit Kanser, Dialisis dan Pemindahan Organ
  • Auto Renewal
Sebenarnya banyak lagi yang anda perlu pertimbangkan, tapi cukuplah yang saya bagi tu dahulu. In details, anda boleh discuss dengan saya sekiranya ada anda concern terhadap satu-satu penyakit.

Personal Accident & 36 Critical Illness
Pastikan syarikat Takaful ini boleh cover Personal Accident & 36 Critical Illness. Sila refer kepada artikel saya tenttang 36 critical illness.

Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Kekal (TPD)
HUK bererti anda kehilangan sebahagian anggota atau deria, atau lumpuh. Jumlah manfaat TPD dan kematian adalah sama. Bagaimana mengira manfaat yang sesuai untuk anda? Saya berikan contoh.

Sekiranya anda seorang ketua keluarga yang menanggung 3 orang anak dan seorang isteri dengan kos sara keluarga sebanyak RM4,000 sebulan. Perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah memastikan kehidupan keluarga anda terjamin untuk beberapa tempoh, misalnya 3 tahun, 5 tahun, atau 10 tahun.

Jika 3 tahun bererti manfaat kematian yang anda perlukan adalah RM144,000. Jika 5 tahun, bererti manfaat kematian yang anda perlukan adalah RM240,000. Jika 10 tahun, bererti RM480,000.

Ini sekadar pandangan saya sahaja.

Limit tahunan dan Limit Seumur Hidup
Pendapat saya, Limit Seumur Hidup juga sama penting seperti Limit Tahunan. Mengapa? Sebagai contoh, untuk pembedahan pemindahan jantung sendiri je menelan sehingga maksima RM100,00. Kalau kanser, nilainya jauh lebih tinggi. Adakah limit tahunan polisi Takaful anda boleh menampung perbelanjaan ini? Ini yang and kena fikir-fikirkan.

Limit Seumur Hidup sudah tentunya sangat penting juga. Dibuatnya satu hari nanti kita dapat bil tinggi kerana penyakit kritikal dan perlukan pemindahan serta rawatan intensif, barulah kita berharap kita ada limit tinggi untuk tahunan dan seumur hidup.




Ko-takaful
Kebanyakan syarikat Takaful mengenakan bayaran ko-takaful min RM300 dan maksima RM1,000. Tetapi eTiQa tiada syarat ko-takaful ini. Pendek kata, anda tak perlu bayar apa-apa, hanya admit sahaja mengikut kelas dan pelan medical card anda.

Caruman Premium Takaful Setiap Bulan
Ini isu sensitif. Pendapat saya, ikut kemampuan anda tapi jangan terlalu rendah. Sebenarnya ramai yang mampu. Yang kata tak mampu tu adalah mereka tak mampu menahan diri untuk berbelanja. RM100 pun dikatakan mahal untuk perlindungan diri sendiri. Saya yakin anda lebih bijak dari orang-orang sebegini.

Yang paling penting, pastikan anda tak terlepas nak membayar caruman setiap bulan. Jika anda ada hal kecemasan dan perlukan tunai, jangan tak bayar caruman Takaful anda. Sebaliknya check dana anda dan lihat baki, jika mencukupi, anda boleh keluarkannya pada bila-bila masa. eTiQa takkan bertanya kenapa anda nak keluarkan duit ataupun kenakan fee.

Dana Pelaburan
Anda boleh memilih peratusan dana untuk dilaburkan. Dengan adanya dana ni, sekiranya berlaku TPD atau kematian, lebihan keuntungan pelaburan (beberapa peratus) akan ditambah kepada nilai pampasan. 

Contoh, jika manfaat kematian/TPD anda adalah RM120,000, kemungkinan selepas 10 tahun, jika pulangan pelaburan adalah sederhana (sekitar 3% setahun), nilai manfaat kematian/TPD anda menjadi RM129,000. 

Ia juga bermakna dalam dana anda ada lebihan RM9,000, hasil pulangan pelaburan, yang mana wang ini anda boleh keluarkan (hanya selepas 2 tahun). Syaratnya minima pengeluaran adalah RM500 dan kena ada baki RM1000. Dalam kes ini, anda boleh keluarkan RM8,000 lah. 

Harus diingatkan pelaburan dalam Takaful biasanya takkan beri keuntungan maksima sepertimana anda buat pelaburan biasa di luar - ASB, Tabung Haji, pelaburan saham, FOREX dan sebagainya. Jika anda benar-benar nak kembangkan duit anda, buatlah pelaburan secara serius. 

Pelaburan Takaful - bonusnya adalah ia turut memberi ekstra perlindungan dan kesihatan kepada diri anda.

Panel Hospital
eTiQa memberikan coverage untuk hampir kesemua hospital swasta di Malaysia. Seandainya ia bukan hospital panel, misalnya anda berada jauh dengan hospital panel, anda still boleh claim based on 'pay and claim'. Bererti, anda perlu bayar dahulu kemudian claim dengan pihak eTiQa. Agen anda akan uruskan, ada tak perlu lakukannya seorang diri. Itulah gunanya agen.

Elaun Hospital
eTiQa sediakan elaun harian sekiranya anda/orang yang dilindungi masuk ke wad hospital. Boleh la cover kos perjalanan dan sebagainya. Selain tu, ada juga elaun penjagaan kanak-kanak. Elaun ini boleh digunakan kalau anda ada halangan untuk menjaga sendiri anak anda, mungkin terpaksa upah seseorang kerana anda terpaksa bekerja. Jadi, elaun ni sebenarnya penting juga.

Untuk kemasukan ke Hospital kerajaan pun ada elaun harian, cuma nilainya kecil sikit berbanding Elaun Penjagaan kanak-kanak.

Had Limit Kanser/Dialisis/Pemindahan
eTiQa tiada limit khas untuk ketiga-tiga jenis rawatan ini. Ianya bergantung kepada limit tahunan masing-masing.

Sebagai fakta, kos dialisis sebulan adalah sekitar RM3,500 ke RM4,000. Setahun bermakna RM42,000 - RM48,000. eTiQa akan cover apa saja yang dicaj oleh pakar dialisis.

Saya nyatakan di sini kerana terdapat juga syarikat insurans/Takaful yang mengenakan limit rawatan kanser dan dialisis walaupun masih tidak melebihi limit tahunan.

Auto Renewal
Medical Card eTiQa sememangnya auto renewal setiap tahun. Sejujurnya, kebanyakan medical card dari syarikat Takaful yang lain pun auto renewal juga, melainkan jika ianya hanya pelan medical card semata-mata tanpa pelan asas, itu barulah rasanya auto renewal tak berkuatkuasa. Bermakna, syarikat insurans boleh terminate kita the following year. Biasanya mereka berbuat begitu sekiranya tengok trend claim kita pada tahun sebelumnya agak tinggi.

Cuma Auto Renewal tidak akan berlaku dalam beberapa keadaan. Antaranya:
  • Berlaku kematian pada orang yang dilindungi (kenapa nak renew pulak kan)
  • Limit seumur hidup sudah habis dipakai
  • Polisi Takaful dibatalkan sendiri oleh pemegang polisi
  • Payment lapse (di eTiQa, walaupun lapse, masih ada tempoh sebelum polisi dibatalkan)
  • Pelan medical card semata-mata (tiada pelan asas)

Nak tau lagi details boleh hubungi saya. Kalau tak penat nanti nak baca artikel panjang macam novel.


Dikarang oleh naazyra Pada 11:40 PM 3 comments

3 comments:

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. Saya ingin kembali semua kemuliaan Allah atas apa yang dia gunakan Ibu Alicia Radu lakukan dalam hidup saya, nama saya Yetty Sunarsih dari Sandakan di malaysia, saya janda dengan 3 anak, suami saya mati dalam kemalangan kereta dan sejak itu kehidupan telah menjadi sangat kasar kepada saya dan keluarganya dan saya telah berusaha untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan saya dinafikan dan ditolak kerana saya tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjaman dari bank dan saya sangat sedih
    pada hari ini yang setia ketika saya melalui internet, saya melihat kesaksian ROBBI bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu dan saya menghubunginya untuk bertanya mengenai Ibu dan betapa benarnya pinjaman dari Ibu Alicia Radu dan dia memberitahu saya bahawa benar dan saya menghubungi Ibu Ibu Alicia Radu dan memohon pinjaman dan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam saya mendapat amaran wang pinjaman saya dalam akaun saya dan ketika saya memeriksa akaun saya pinjaman saya utuh dan saya sangat gembira dan saya bersumpah bahawa mana-mana syarikat yang meminjamkan pinjaman saya akan memberikan penerangan mengenai syarikat itu, jadi saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi nasihat kepada setiap orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi Ibu Alicia Radu melalui e-mel: (aliciaradu260@gmail.com) dan anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (yettysunarsihs850@gmail.com) untuk maklumat dan juga kawan saya ROBBI melalui e-mel nya :( robbi5868@gmail.com)

    ReplyDelete
  3. Nama:Teddy Liza
    status perkawinan: janda
    jumlah pinjaman:3.6 miliar rupiah
    tempat tinggal saya:. Palangkaraya
    email ku:::teddyliza2020@gmail.com
    kesaksian yang memotivasi saya whatsapp :;l+ 6281617538564
    tujuan pinjaman saya :Investasi / hutang

    Halo semuanya, sekarang dari (bahasa Indonesia [baˈha.sa in.doˈne.sja])/Malay, . Saya seorang janda dengan dua anak dan sejak Februari 2019 karena kebakaran dalam bisnis yang membanjiri bisnis saya dan saya mencoba mencari pinjaman dari bank saya, bank mengatakan dengan saya memiliki kredit buruk sehingga saya mencobanya dengan pemberi pinjaman lain di mana saya bodoh. Tetapi seperti yang Tuhan kehendaki, saya membaca kesaksian AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM di majalah bisnis, yang membantu bisnis dan individu dengan pinjaman besar. Saya mengajukan permohonan dan saya telah menerima pinjaman 3,6 miliar rupee dengan tingkat bunga sangat rendah 1% dan rencana pembayaran yang lebih baik. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa ada banyak scammer di sini. Ambil permintaan peminjam untuk biaya asuransi, Peminjam tidak memiliki sertifikat bisnis, Peminjam palsu tidak peduli dengan gaji bulanan Anda yang membuat Anda memenuhi syarat untuk mendapat pinjaman, peminjam Palsu tidak memiliki alamat kantor fisik. Peminjam palsu meminta biaya pendaftaran dan biaya pajak, peminjam Palsu tidak memiliki situs web. Jika Anda mencari pinjaman, selalu minta pemberi pinjaman untuk situs webnya, karena banyak pemberi pinjaman palsu tidak memiliki alamat dan situs web. Jika Anda menginginkan pinjaman yang sah,Sukses hanya datang bagi mereka yang percaya pada diri mereka sendiri dan siap untuk menang. Saya tidak mengharapkan apa pun selain yang terbaik untuk Anda. Beralih ke tahap baru dalam hidup bisa menjadi proses yang menantang. Semoga Anda beruntung dalam semua upaya masa depan Anda, Anda akan menjadi hebat. ajukan sekarang.

    Aasimaha adila ahmed kontak pusat aplikasi pinjaman
    E-mail**aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    Whatsapp *********^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^+ 447723553516

    ReplyDelete