Wednesday, July 8, 2015

Ramai yang tunggu bila dah banyak duit sikit baru nak apply Medical Card.
Ramai jugak yang tunggu bila dah start berpenyakit baru nak apply Medical Card.
Ramai yang ingat bila dah tua, baru perlukan Medical Card.
Ramai yang ingat, Medical Card company boleh cover hospital bills dia sampai mati.
Pendek kata, ramai ingat mereka takkan jatuh sakit atau pun kemalangan pada usia yang muda (20-an, 30-an).


Ye ke? Agaknya sebab tu statistik dikeluarkan mendapati ramai yang berhutang akibat bil hospital





JADI BIJAK

Jika anda seorang yang bijak, ambil medical card personal walaupun anda dah ada medical card company. Bila admit ke hospital, anda gunakan medical card company. Dapat jimatkan limit tahunan dan limit seumur hidup personal medical card anda. Lagi pula, limit medical card company biasanya tak banyak.

Jika anda masih muda, lagilah anda perlu ambil medical card. Peruntukkan untuk dana pelaburan (sekurang-kurangnya anda tak rugi). Andai kata anda hal kecemasan, anda boleh keluarkan wang dari dana tu pada bila-bila masa. Namun, ianya juga depends juga pada polisi. Kebanyakan syarikat Takaful hanya benarkan pengeluaran wang selepas 2 tahun mencarum, dan perlu ada sekurang-kurang minima baki RM1,000 di dalam dana selepas pengeluaran. Macam di eTiQa, sama juga dan pengeluaran minimum adalah RM500. Contohnya jika dana pelaburan anda dah mengumpul sebanyak RM1,500, bermakna anda dah boleh bawa keluar RM500 tanpa syarat atau fee yang dikenakan.

Jika anda dah berusia, pun boleh apply medical card. Mungkin caruman anda lebih mahal berbanding ketika anda berumur 24 atau 25 tahun. Saya akan cadangkan anda apply medical card dan jaga kesihatan selama setahun. Selepas setahun, insya Allah jika ditakdirkan anda ada masalah kesihatan (minta dijauhkan), anda boleh claim tanpa masalah.

Jika anda dah ada penyakit sedia ada, sebenarnya eTiQa ada juga produk untuk anda. Sila hubungi saya untuk details.

Jika pekerjaan anda berisiko, anda juga mesti ada medical card walaupun telah diprovide oleh syarikat anda. Lagipun kita takkan tahu, sampai bila kita akan kerja di syarikat sekarang. Apa sahaja boleh berlaku. Ambil iktibar kejadian kemelesetan ekonomi 1998 dan 2008. Anyhow, saya rasa perkara sama mungkin terjadi 2016 atau 2017.


APA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEDICAL CARD

Secara umum, anda perlu memikirkan coverage untuk perkara berikut di dalam medical card anda:
  • Personal Accident
  • 36 Critical Illnesses
  • Kematian dan TPD (Hilang Upaya Kekal)
  • Ko-takaful
  • Limit tahunan
  • Limit seumur hidup
  • Caruman setiap bulan
  • Dana Pelaburan
  • Panel Hospital
  • Elaun Harian & Manfaat Penjagaan Kanak-Kanak (dulu tak penting, sekarang penting)
  • Had/Limit Kanser, Dialisis dan Pemindahan Organ
  • Auto Renewal
Sebenarnya banyak lagi yang anda perlu pertimbangkan, tapi cukuplah yang saya bagi tu dahulu. In details, anda boleh discuss dengan saya sekiranya ada anda concern terhadap satu-satu penyakit.

Personal Accident & 36 Critical Illness
Pastikan syarikat Takaful ini boleh cover Personal Accident & 36 Critical Illness. Sila refer kepada artikel saya tenttang 36 critical illness.

Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Kekal (TPD)
HUK bererti anda kehilangan sebahagian anggota atau deria, atau lumpuh. Jumlah manfaat TPD dan kematian adalah sama. Bagaimana mengira manfaat yang sesuai untuk anda? Saya berikan contoh.

Sekiranya anda seorang ketua keluarga yang menanggung 3 orang anak dan seorang isteri dengan kos sara keluarga sebanyak RM4,000 sebulan. Perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah memastikan kehidupan keluarga anda terjamin untuk beberapa tempoh, misalnya 3 tahun, 5 tahun, atau 10 tahun.

Jika 3 tahun bererti manfaat kematian yang anda perlukan adalah RM144,000. Jika 5 tahun, bererti manfaat kematian yang anda perlukan adalah RM240,000. Jika 10 tahun, bererti RM480,000.

Ini sekadar pandangan saya sahaja.

Limit tahunan dan Limit Seumur Hidup
Pendapat saya, Limit Seumur Hidup juga sama penting seperti Limit Tahunan. Mengapa? Sebagai contoh, untuk pembedahan pemindahan jantung sendiri je menelan sehingga maksima RM100,00. Kalau kanser, nilainya jauh lebih tinggi. Adakah limit tahunan polisi Takaful anda boleh menampung perbelanjaan ini? Ini yang and kena fikir-fikirkan.

Limit Seumur Hidup sudah tentunya sangat penting juga. Dibuatnya satu hari nanti kita dapat bil tinggi kerana penyakit kritikal dan perlukan pemindahan serta rawatan intensif, barulah kita berharap kita ada limit tinggi untuk tahunan dan seumur hidup.




Ko-takaful
Kebanyakan syarikat Takaful mengenakan bayaran ko-takaful min RM300 dan maksima RM1,000. Tetapi eTiQa tiada syarat ko-takaful ini. Pendek kata, anda tak perlu bayar apa-apa, hanya admit sahaja mengikut kelas dan pelan medical card anda.

Caruman Premium Takaful Setiap Bulan
Ini isu sensitif. Pendapat saya, ikut kemampuan anda tapi jangan terlalu rendah. Sebenarnya ramai yang mampu. Yang kata tak mampu tu adalah mereka tak mampu menahan diri untuk berbelanja. RM100 pun dikatakan mahal untuk perlindungan diri sendiri. Saya yakin anda lebih bijak dari orang-orang sebegini.

Yang paling penting, pastikan anda tak terlepas nak membayar caruman setiap bulan. Jika anda ada hal kecemasan dan perlukan tunai, jangan tak bayar caruman Takaful anda. Sebaliknya check dana anda dan lihat baki, jika mencukupi, anda boleh keluarkannya pada bila-bila masa. eTiQa takkan bertanya kenapa anda nak keluarkan duit ataupun kenakan fee.

Dana Pelaburan
Anda boleh memilih peratusan dana untuk dilaburkan. Dengan adanya dana ni, sekiranya berlaku TPD atau kematian, lebihan keuntungan pelaburan (beberapa peratus) akan ditambah kepada nilai pampasan. 

Contoh, jika manfaat kematian/TPD anda adalah RM120,000, kemungkinan selepas 10 tahun, jika pulangan pelaburan adalah sederhana (sekitar 3% setahun), nilai manfaat kematian/TPD anda menjadi RM129,000. 

Ia juga bermakna dalam dana anda ada lebihan RM9,000, hasil pulangan pelaburan, yang mana wang ini anda boleh keluarkan (hanya selepas 2 tahun). Syaratnya minima pengeluaran adalah RM500 dan kena ada baki RM1000. Dalam kes ini, anda boleh keluarkan RM8,000 lah. 

Harus diingatkan pelaburan dalam Takaful biasanya takkan beri keuntungan maksima sepertimana anda buat pelaburan biasa di luar - ASB, Tabung Haji, pelaburan saham, FOREX dan sebagainya. Jika anda benar-benar nak kembangkan duit anda, buatlah pelaburan secara serius. 

Pelaburan Takaful - bonusnya adalah ia turut memberi ekstra perlindungan dan kesihatan kepada diri anda.

Panel Hospital
eTiQa memberikan coverage untuk hampir kesemua hospital swasta di Malaysia. Seandainya ia bukan hospital panel, misalnya anda berada jauh dengan hospital panel, anda still boleh claim based on 'pay and claim'. Bererti, anda perlu bayar dahulu kemudian claim dengan pihak eTiQa. Agen anda akan uruskan, ada tak perlu lakukannya seorang diri. Itulah gunanya agen.

Elaun Hospital
eTiQa sediakan elaun harian sekiranya anda/orang yang dilindungi masuk ke wad hospital. Boleh la cover kos perjalanan dan sebagainya. Selain tu, ada juga elaun penjagaan kanak-kanak. Elaun ini boleh digunakan kalau anda ada halangan untuk menjaga sendiri anak anda, mungkin terpaksa upah seseorang kerana anda terpaksa bekerja. Jadi, elaun ni sebenarnya penting juga.

Untuk kemasukan ke Hospital kerajaan pun ada elaun harian, cuma nilainya kecil sikit berbanding Elaun Penjagaan kanak-kanak.

Had Limit Kanser/Dialisis/Pemindahan
eTiQa tiada limit khas untuk ketiga-tiga jenis rawatan ini. Ianya bergantung kepada limit tahunan masing-masing.

Sebagai fakta, kos dialisis sebulan adalah sekitar RM3,500 ke RM4,000. Setahun bermakna RM42,000 - RM48,000. eTiQa akan cover apa saja yang dicaj oleh pakar dialisis.

Saya nyatakan di sini kerana terdapat juga syarikat insurans/Takaful yang mengenakan limit rawatan kanser dan dialisis walaupun masih tidak melebihi limit tahunan.

Auto Renewal
Medical Card eTiQa sememangnya auto renewal setiap tahun. Sejujurnya, kebanyakan medical card dari syarikat Takaful yang lain pun auto renewal juga, melainkan jika ianya hanya pelan medical card semata-mata tanpa pelan asas, itu barulah rasanya auto renewal tak berkuatkuasa. Bermakna, syarikat insurans boleh terminate kita the following year. Biasanya mereka berbuat begitu sekiranya tengok trend claim kita pada tahun sebelumnya agak tinggi.

Cuma Auto Renewal tidak akan berlaku dalam beberapa keadaan. Antaranya:
  • Berlaku kematian pada orang yang dilindungi (kenapa nak renew pulak kan)
  • Limit seumur hidup sudah habis dipakai
  • Polisi Takaful dibatalkan sendiri oleh pemegang polisi
  • Payment lapse (di eTiQa, walaupun lapse, masih ada tempoh sebelum polisi dibatalkan)
  • Pelan medical card semata-mata (tiada pelan asas)

Nak tau lagi details boleh hubungi saya. Kalau tak penat nanti nak baca artikel panjang macam novel.


Dikarang oleh naazyra Pada 11:40 PM 3 comments BACA SETERUSNYA
Sebelum ini, saya ada janji nak bagitau tips nak dapatkan medical check-up percuma dari eTiQa. So harini saya nak lunaskan janji.



MACAM MANA NAK DAPATKAN MEDICAL CHECK UP PERCUMA?

Sebenarnya senang aje. Sekiranya anda nak ambil polisi medical card Pelan 4 dan Pelan 5 (refer jadual kat bawah), eTiQa wajibkan medical check up. Agak intensif juga medical check up nya. Dan yang paling penting ianya ditanggung oleh eTiQa sama ada medical card anda diluluskan atau tidak.

Anda akan diminta untuk pergi ke mana-mana panel eTiQa yang berdekatan (saya akan arrangekan untuk anda) untuk membuat check-up.



eTiQa BOLEH DATANG KE TEMPAT ANDA

Andaikan jika anda seorang yang super busy, anda juga boleh aturkan 'runner' eTiQa yang bertauliah untuk datang ke tempat anda untuk mengambil sampel darah dan sebagainya untuk medical check-up anda. 

Macam mana, special tak eTiQa ni?

Kalau anda berminat nak dapatkan medical card dengan intensive check-up ni, hubungi saya. Saya akan membantu sebaik mungkin. Haitt.



Dikarang oleh naazyra Pada 7:25 PM 11 comments BACA SETERUSNYA
Sebelum nak berkongsi ni, jujur saya katakan, saya bukan certified financial expert. Saya banyak buat bacaan, kajian dan bereksperimen. Jadi, dari hasil kajian tu, saya build pendapat saya sendiri dan ianya tak semestinya terpakai untuk semua orang. Tapi insya Allah, jika saya amalkan bererti orang lain pun boleh gunakan method yang sama.

Mungkin ramai yang dah biasa dengar tentang Balance Transfer. 

Ada yang tak pernah? Haa. Lagi bagus. Sebab artikel ni khas untuk anda.

Credit: http://www.creditcardguide.com/

APA ITU BALANCE TRANSFER
Definisi mudah Balance Transfer ni adalah kaedah memindahkan hutang dari satu kad kredit kepada kad kredit lain. Tetapi dengan interest yang lebih rendah atau zero installment.

Basically bank lain membeli hutang anda (membayarkan hutang anda) dan caj anda dengan interest yang lebih rendah berbanding bank sebelumnya.

Kadar biasa interest bagi kad kredit adalah 18% setahun. Bererti sebulan adalah 1.5%.

1.5% bukanlah angka yang kecil. Jika anda swipe card credit anda RM1,000, ini bermakna interest bulanan yang dikenakan adalah RM15. Banyak lah tu RM15. Boleh beli separuh ayam golek tu hehe.

KENAPA GUNA BALANCE TRANSFER
Katakanlah anda ada hutang kad kredit tapi tak larat dah nak bayar. Atau ada juga yang habis guna masa melancong (tak digalakkan ok!). Atau ada hal-hal kecemasan. Contoh RM4,000. If nak bayar minimum je setiap bulan, anda akan ambil masa 5 tahun dengan interest sebanyak RM1,456. 
"Adoii, banyak tu. Hutang RM4,000. Kena bayar balik RM5,456."
Kalau tak nak rugi, bayar la terus RM4,000. Tapi bagaimana kalau anda takde RM4,000? So, di sinilah ciri Balance Transfer membantu anda kurangkan kerugian.

Ianya seperti loan cuma dalam bentuk kad kredit dan dengan tempoh yang lebih pendek berbanding personal loan biasa.

Langkah seterusnya adalah memilih Balance Transfer mana yang paling sesuai dengan cashflow anda.

MEMILIH BALANCE TRANSFER
Dalam memilih skim Balance Transfer, ada empat perkara yang perlu dilihat:

    • Interest tahunan/bulanan (untuk amaun dipindahkan)
  • Upfront fee (untuk amaun dipindahkan)
  • Annual Fee (bagi kad kredit yang dipilih)
  • Exit fee / penalti (jika nak buat early settlement sebelum habis tempoh)
Sesetengah bank offer 0% interest tetapi ada 2% atau 3% upfront fee dari jumlah yang dipindahkan. Jumlah ni takkan dicaj kepada anda tetapi akan dimasukkan, yakni dicampurkan ke dalam amaun yang dipindahkan dari kad kredit lama.

Ada juga syarat tertentu yang menyatakan hanya pemilik kad kredit baru sahaja boleh melakukan Balance Transfer. Jadi, check dahulu terms and conditions untuk membuat Balance Transfer.

Antara kos lain yang terlibat adalah annual fee bagi kad kredit. Kebanyakan bank offer dua kad kredit , kononnya anda boleh combine limit. Sengaja dia bagi limit kecil je bagi satu kad kredit supaya anda kena ambik satu lagi supplementary card. Jadi, nak tak nak, anda kena ada dua - biasanya VISA dan Mastercard. 

Dengan adanya dua kad kredit, ini bererti anda kena tanggung dua kos annual fee. Minimum annual fee adalah RM50. Untuk dua kad, bererti RM100. RM100 ini, dicaj ke statement kad kredit anda. Jika tak dibayar, interest yang dikira adalah interest normal iaitu 18% setahun atau 1.5% sebulan. So, baik anda bayar je lah RM100 tu.

Baik. Semasa Dec 2014, saya ada lakukan kajian intensif tentang BT (Balance Transfer). Seperti yang saya ada mention, anda kena juga ambil kira cashflow anda. Jika anda boleh bayar banyak untuk installment bulanan, lebih bagus.

Di bawah adalah senarai BT dari beberapa bank yang saya riki (pada Dec 2014):
  1. Public Bank - 0% interest selama 12 bulan, 2% upfront fee
  2. CIMB - 8% interest selama 12 bulan, no upfront fee
  3. Aeon Credit - 0% interest selama 6 bulan, no upfront fee
  4. BSN Plan A - 0.3% selama 3 bulan, no upfront fee (min RM500)
  5. BSN Plan B - 0.3% selama 6 bulan, no upfront fee (min RM1,000)
  6. BSN Plan C - 0.3% selama 9 bulan, no upfront fee (min RM1,000)
  7. BSN Plan D - 0% selama 12 bulan pertama, 0.375% 12 bulan kedua, no fee, (min RM1,000)
  8. BSN Plan E - 0.375% selama 36 bulan, no upfront fee (min RM2,000)
Perhatikan, sesetengah bank juga ada syarat minimum amaun yang dipindahkan. Biasanya bank akan renew terms and condition bagi produk Balance Transfer setiap tahun. Untuk tahun 2015, saya belum ada kesempatan lagi untuk mengkaji. Doa-doakan saya supaya jadi lebih rajin ye hihi.

Selepas pilih Balance Transfer yang sesuai, ada beberapa proses anda kena buat.

PROSES BALANCE TRANSFER
  • Apply kad kredit bagi Balance Transfer pilihan anda
  • Setelah dapat kad kredit, apply pula untuk Balance Transfer. Anda boleh hubungi agen atau terus ke bank. Ambil peluang untuk bertanya habis-habisan. Isi borang. Mungkin ada beberapa dokumen sokongan yang diperlukan. Antaranya adalah:
                          - Salinan IC
                          - Statement kad kredit
  • Tunggu bank call untuk confirmation. Ianya ambil masa 3-10 hari bekerja untuk proses pemindahan tu kalau tak silap.
UNTUNG KE?
Memang la tak untung sebab anda keluarkan duit, bukan dapat duit. Untung bererti duit masuk, kan? Betul tak? Hehe. Tapi ia dapat kurangkan kerugian.

Contoh jika anda ambik BT Public Bank, bayaran bulanan anda sekitar RM333.33 (0% interest) selama 12 bulan dan anda cuma dikenakan yuran awalan (upfront fee) sebanyak RM80. Jauh lebih baik, kan?

Jika anda takde cashflow sebanyak tu, mungkin boleh ambil BSN Plan E yang menawarkan 0.375% interest untuk 36 bulan, lebih kurang 4.5% setahun. Interest yang dikenakan selama 3 tahun adalah RM540 dengan installment bulanan RM126.11.

Nasihat saya, ambillah jangka pendek, anda hanya perlu 'ikat perut' dan 'catu shopping' untuk beberapa bulan sahaja (paling lama pun setahun). Lepas tu habislah nightmare anda.

HARUS TAHU
Apa yang anda harus tahu adalah jika anda tak bayar ikut bayaran installment yang ditetapkan, selepas daripada tempoh itu, jumlah baki dalam akaun anda akan dikenakan interest biasa 18% setahun. 

Jadi, berdisiplinlah dalam membayar ye!

Semoga artikel ini bermanfaat.

Dikarang oleh naazyra Pada 12:23 AM 6 comments BACA SETERUSNYA

Tuesday, July 7, 2015

Bagi yang belum tahu, kalau anda mencarum untuk Takaful, sama ada diri sendiri, anak-anak, atau isteri/suami, anda layak mengisi amaun yang telah dicarum pada tahun tersebut untuk pengecualian cukai ketika membuat e-filing.

Pengecualian cukai adalah sehingga RM3,000. Kalau dah terlebih tu, kira burn lah. Oleh itu, kalau anda buat caruman yang tinggi dan untuk ahli keluarga, anda kena rancang caruman premium antara suami dan isteri. So, fairlah, suami dapat rebate, isteri pun dapat rebate. Saya sendiri memang dah habis limit RM3,000 tu.


Namun, harus diingatkan, rebate yang dapat tu cuma sekadarnya je. Itu bukan objektif utama anda perlukan medical card. Yang penting, bila anda kesusahan, polisi Takaful anda boleh membantu. 

Dan yang paling terlebih penting, Medical Card eTiQa takde co-takaful. Ianya memang dah lama begitu. 

Disebabkan konsep tiada ko-takaful ni, syarikat Takaful yang lain pun ada yang dah mengikuti langkah Takaful eTiQa. Bagi saya, ia persaingan yang sihat. Buatlah perbandingan, insya Allah anda akan dapat lihat eTiQa memberi tawaran yang lebih kurang sama atau lebih baik tetapi dengan harga yang lebih rendah. Mana-mana produk pun bagus, yang penting, anda tahu apa yang anda dapat.

Ingat, jangan tunggu sakit baru nak apply medical card ye. :D


Dikarang oleh naazyra Pada 11:18 PM 25 comments BACA SETERUSNYA
Walaupun saya bukan pelajar Sains Aktuari (pernah juga terfikir nak apply dulu) tapi saya gemar ambik tau tentang hal-hal muamalat Islam. Lama juga saya study sebelum nak ceburi bidang ini. Malah turut dikaji, background syarikatnya sekali. Alhamdulillah, eTiQa Takaful adalah pilihan saya.

Saya kurang pasti bagaimana sistem eTiQa Takaful sebelum ini. Apa yang saya boleh katakan adalah perkhidmatan eTiQa adalah antara yang terbaik (dalam banyak aspek).

Saya pernah mengambil Takaful syarikat lain, setelah habis-habisan study polisi dan mempertimbangkan perbezaan, akhirnya saya ambil keputusan untuk tukar juga polisi kepada eTiQa kerana ia lebih menguntungkan untuk jangka masa panjang dan pendek juga!

Antara ciri yang saya suka, bukan sahaja untuk klien saya tapi juga untuk diri sendiri dan anak-anak saya adalah, Medical Card eTiQa adalah tanpa ko-takaful. Maknanya, anda tak perlu bayar sebahagian dari kos rawatan. Jika ada deposit diperlukan, ia adalah syarat hospital dan bukan syarat eTiQa. 

Polisi lama anak-anak saya (dari syarikat Takaful lain) perlu membayar sekurang-kurangnya RM300 sewaktu admin (dan ianya burn, tak dipulangkan semula). Ko-takaful yang diperlukan biasanya adalah 10% daripada kos rawatan dan perubatan, atau RM1,000, mana yang lebih rendah. Jadi, maksima cuma RM1,000. Tapi saya fikir ianya juga membebankan. 

Polisi lain adalah lebih kurang sama dengan syarikat Takaful lain lain.


Satu lagi perbezaan adalah had tahunan yang tinggi. Berbeza dengan had seumur hidup, pada saya had tahunan juga penting kerana kebiasaannya bila kita diserang penyakit, penyakit itu akan menyerang kita berulang kali pada tahun yang sama. Jadi, had tahunan juga perlu diperhatikan.

Alhamdulillah, ramai yang suka dengan servis Etiqa sekarang.

Selepas ini, saya akan kongsikan bagaimana nak dapatkan medical check-up PERCUMA dengan eTiQa. Nantikan!
Dikarang oleh naazyra Pada 2:39 AM 3 comments BACA SETERUSNYA

Wednesday, July 1, 2015

Ramai terjerat dengan hutang pinjaman peribadi. Seronoknya bila dapat duit kan. Ramai tak tau, pinjaman peribadi sebenarnya adalah ahlong berdaftar. Jika anda tak percaya, mari saya tolong buatkan sedikit kira-kira.

SERONOK TENGOK JADUAL PEMBAYARAN PINJAMAN PERIBADI

Anda seronok tengok jadual pembayaran pinjaman peribadi. Jadi, anda pilih tempoh paling lama untuk dapatkan installment paling sedikit. Itulah jerat paling ampuh dapat pinjaman peribadi.

Anda buat pinjaman $25,000. Bank war-warkan kadar interest CUMA 4% untuk pekerja kerajaan. Ketika itu pula, bank beri tempoh sehingga 25 tahun. Dalam jadual, tertera bayaran bulanan $167.70.

Anda seronok la sebab rakan anda pekerja swasta buat pinjaman $25,000 kena interest 8% dan tempoh 6 tahun sahaja. Bulanan kena bayar  $514.00

Pandangan anda: "Untungnya aku!"

HAKIKAT

Fakta sebenar, anda membayar LEBIH $13,000 daripada rakan anda untuk pinjaman pokok $25,000 yang sama. Rakan anda cuma berduka-lara selama 6 tahun membayar hutang sedangkan anda perlu menanggung sehingga 25 tahun. Dah tua anda masa tu..

Pandangan anda kini: "Ruginya aku!"

YANG TERSIRAT

Apa yang berlaku sebenarnya adalah dengan pinjaman 25 tahun, anda sebenarnya membayar semula kepada bank sebanyak $50,000, lebihan $25,000 dari pinjaman pokok.

Bagi rakan anda pula, jumlah pembayaran semula beliau adalah $37,000 selama tempoh 6 tahun itu.

Pandangan saya: "Dua-dua sebenarnya rugi!"

Tahukah anda bermula beberapa tahun lepas, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan tempoh maksimum pinjaman peribadi adalah 10 tahun sahaja? Anda rasa mengapa BNM mengambil langkah ini? Fikir-fikirkan..

JOM UBAH

Jika anda tekad mahu menyelesaikan pinjaman peribadi anda, mulakan dari sekarang. JANGAN SESEKALI menyelesaikan hutang pinjaman peribadi dengan hutang pinjaman peribadi lain hanya kerana inginkan installment yang lebih rendah. Itu menambah jerat namanya. Anda juga harus menilai cashflow anda kerana semakin anda berumur, banyak risiko yang anda hadapi seperti risiko kesihatan, kemalangan, kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

MULAKAN LANGKAH

  • Mulakan menabung dengan cara mengubah cara hidup anda.
Contoh jika anda boleh kurangkan perbelanjaan shopping dan kurangkan makan luar, anda mungkin boleh berjimat sehingga RM300. (Part paling penting dan paling susah nak konsisten). Jika anda ada bonus, anda juga kena masukkan sedikit portion dalam tabungan anda.

Anda kena kuatkan semangat tau. Saya tau dan faham sangat sebab saya pun amalkan tips ni. Kena tutup mata pada semua perkara 'kehendak'.
  • Senaraikan jumlah hutang mengikut perkara berikut:
  1. Jumlah hutang pokok.
  2. Loan tenure
  3. Bayaran bulanan
  4. Bulan terakhir.
  5. Rancang bila anda hendak selesaikan hutang anda (dipanggil early settlement).
Satu fakta penting dalam pinjaman adalah penyelesaian awal (early settlement). Early settlement dapat menjimatkan jumlah interest yang anda bayar kepada pihak bank. Pinjaman yang dibayar (diselesaikan) awal akan mendapat sedikit rebate. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kerugian anda untuk jangka masa panjang. Anda boleh ke link ini ATAU link ini untuk pengiraan.

Berdasarkan situasi di atas yang saya bagi, katakan anda dah buat pembayaran selama 6 tahun (72 bulan). Anda tekad untuk membayar penuh pinjaman anda dalam tempoh 5 tahun akan datang, iaitu selepas 132 bulan membayar installment dengan setia. Ini bererti:
"Anda perlu membayar $20,232 dengan rebate $7,767 pada tempoh 5 tahun akan datang"

  • Soalan kepada diri sendiri "Boleh tak aku kumpulkan $20,232 dalam masa 5 tahun?" 
Jawapan kepada soalan ini adalah YA. Tapi bagaimana? Teruskan membaca.

  • Buat tabungan pelaburan seperti ini di dalam Tabung Haji.
  1. Jan - simpan $300
  2. Feb - simpan $550 
  3. Mac - simpan $300
  4. Apr - simpan $300
  5. May -  simpan $300
  6. Jun - simpan $300
  7. Jul - simpan $300
  8. Aug - simpan $300
  9. Sep - simpan $300
  10. Oct - simpan $300
  11. Nov - simpan $300
  12. Dec - simpan $300
Mengikut pengiraan saya, sekiranya anda boleh kekalkan simpanan sebegini dalam tempoh 5 tahun di dalam Tabung Haji, DAN Tabung Haji mampu berikan dividen 6% + 2% setiap tahun, insya Allah anda boleh melaksanakan misi suci bebas dari hutang dan riba. Jumlah terkumpul selepas 5 tahun adalah $23,287. Anda masih ada lebihan $3,055. Teruskan menabung dan melabur!

PASTIKAN MISI ANDA BERJALAN LANCAR

Untuk elakkan risiko duit tabungan anda digunakan untuk hal kecemasan seperti kemasukan ke hospital, anda digalakkan mempunyai pelan kad perubatan anda sendiri. 

Di eTiQa, sekiranya tiada claim selepas 3 tahun, anda akan mendapat bonus tahunan (maksimum RM300) yang akan dikreditkan ke akaun Maybank anda atau melalui cek.

Di eTiQA Takaful, tiada bayaran ko-takaful (cashless admission) diperlukan. Sekiranya anda masih perlu membayar deposit, ia adalah atas syarat hospital, bukannya syarat eTiQa Takaful dan ia akan dikembalikan.

Pelan kad perubatan eTiQa juga boleh digabungkan dengan pelan simpanan dan pelaburan berisiko rendah. Anda boleh mengeluarkan simpanan ini selepas ada baki minimum yang mencukupi.

Semoga artikel ini bermanfaat.
Dikarang oleh naazyra Pada 8:25 PM 358 comments BACA SETERUSNYA

Sunday, June 28, 2015



Sebelum saya menjadi agen Takaful eTiQa, saya sememangnya sudah mempunyai kesedaran tentang pentingnya mempunyai pelan perlindungan. Ketika saya baru bekerja, bapa saya sering berpesan, 

"Kamu muda-muda ni ambiklah insurans (ketika itu Takaful masih belum glemer), sekarang ni dia dah ada buat simpanan, bukan macam dulu, bayar je tapi tapi takde simpanan."

Pekerjaan pertama saya ketika itu selaku jurutera Flextronics (sekarang bangunan Flextronics di Seksyen U12 Shah Alam tu dah dirobohkan pun), saya dilindungi insurans ING. Saya kira memang mewah sangat ketika tu. Pergi klinik tak payah bayar, tunjuk kad medikal ING ke. Saya juga pernah ada ketulan di leher (simptom yang dipanggil Kimora disease) dan membuangnya melalui pembedahan kecil di KPJ SMC, walaupun doktor kata ianya tak berbahaya, tapi saya seronok sebab 'rasa dilindungi'. 

Setelah beberapa lama, baru saya sedar, perlindungan bukanlah jaminan bahawa kita akan sentiasa sihat. Pendek kata, sihat lebih baik dari sakit. Namun, jika jatuh sakit, sudah semestinya kita mahu dilindungi. Terutama jika anda merupakan 'bread and butter' bagi keluarga anda, sekiranya ditakdirkan jika kita mati atau hilang upaya, sekurang-kurangnya keluarga anda mendapat pampasan yang dapat mengurangkan beban mereka setelah anda tiada.

Disebabkan ini, syarat pertama untuk anda menyertai mana-mana pelan perlindungan kesihatan (medical card) individu adalah memohon sebelum berlakunya kecelakaan atau penyakit. Namun ini bukanlah bererti anda sudah sakit/kemalangan, anda terus tak layak memohon. Anda boleh cuba memohon namun ada beberapa kemungkinan permohonan anda ditolak atau lulus bersyarat. Lulus bersyarat bererti ada kemungkinan penyakit sedia ada tidak akan dilindungi atau anda perlu membayar premium Takaful yang tinggi. Syarat kelulusan kemungkinan berlainan antara syarikat Takaful namun panduan asasnya tetap sama.

Ramai juga yang terfikir jika dah ditimpa kecelakaan baru nak apply medical card, dan minta agen Takaful seperti saya 'adjust' untuk mereka. Saya yakin mana-mana agen Takaful (dari mana-mana syarikat Takaful) yang jujur dan amanah tidak akan melayan permintaan begini. Saya bukan nak menakut-nakutkan anda, namun, tepuk dada tanyalah hati.

Jika anda sedang mencari pelan perlindungan Takaful untuk diri sendiri atau keluarga, anda boleh kemukakan pertanyaan kepada saya:
  • 019-6129313 (Call/SMS) atau 
  • 016-3222529 (WhatsApp/SMS/Call)
Selain pelan perlindungan kesihatan, Takaful eTiqa juga turut menyediakan pelan-pelan lain seperti pelan asas dan pelaburan, pelan perlindungan dan simpanan, pelan pendidikan dan perlindungan, serta pelan haji & umrah. Semoga artikel ini bermanfaat.
Dikarang oleh naazyra Pada 7:06 PM 2 comments BACA SETERUSNYA